Home  Testimonial English  |  Melayu  |  中文
 
     
 
 
     
  Testimoni  
     
 

Saya ingin menerangkan jenis rawatan yang telah saya terima dari Dr Koh.

Sudah agak lama saya terkena penyakit buasir dan ia kerap menganggu kualiti kehidupan saya. Kadang-kadang pula berasa sakit. Walaupun saya telah berjumpa pakar kolorektal, keadaan penyakit saya ini masih belum sembuhsembuh dan saya juga telah berfikir tentang pembedahan untuk merawatnya.

Kemudian, saya temampak laman web Dr Koh yang menerangkan rawatannya tanpa pembedahan. Saya memutuskan untuk mencari Dr Koh untuk rawatan penyakit saya ini. Pada mulanya, saya agak ragu-ragu tentang rawatannya yang tidak melibatkan pembedahan. Tetapi setelah diterangkan dengan lebih lanjut, dia telah memberi saya keyakinan bahawa ia boleh dijalankan; malah dia telah merawat banyak kes-kes seperti saya dan sesetengah daripadanya pula lebih tenat daripada kes saya.

Selepas beberapa rawatan, penyakit saya semakin sembuh. Saya amat terkagum dengan sikap profesionalisme Mr Koh. Setiap kali berjumpanya, waktu rawatannya agak singkat sahaja dan ia tidak begitu menyakitkan. Kini, saya telah sembuh sepenuhnya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Koh.

Salam,
Kelvin Toh
(renesis@gmail.com)
26 Feb 2011

 


 

Baru-baru ini, saya diserangi penyakit buasir yang menyakitkan dan saya memutuskan untuk mencari rawatan yang tidak mermrlukan pembedahan. Saya mendapat tahu tentang Tonyo di internet dan pergi berjumpa Dr Koh. Pada mulanya saya agak ragu-ragu kerana saya bukan diperkenalkan kepadanya oleh sesiapa pun, tetapi saya masih ingin cuba rawatannya. Saya berasa sedikit sakit sahaja semasa diberikan rawatan, dan selepas satu minggu, keadaan saya sudah banyak bertambah baik. Selepas ini, saya pergi untuk beberapa kali lagi untuk memastikan bahawa semua buasir saya sudah dirawat penuh. Saya sedia mengesyorkan rawatan ini kepada sesiapa saja yang ingin menghapuskan kesemua penyakit ini tanpa pembedahan, dan dengan cara yang tidak begitu sakit dan cepat sembuh.

Dari:
Peter Lee
(blufishes@hotmail.com)
01 Mac 2011

 


 

Saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada doktor TCM Mr Koh Kian Kim dari Kedai Perubatan Tonyo. Beberapa bulan dahulu, doktor keluarga saya memberitahu saya bahawa saya mengidap buasir. Kerana tidak ingin membuat pembedahan, saya melayari internet untuk mencari rawatan altematif. Saya dapat tahu tentang Mr. Koh di internet dan seterusnya membuat penyelidikan tentangnya sebelum mendapat rawatan daripadanya.

Saya amat gembira dengan keputusan saya untuk menerima rawatan TCM Mr Koh yang tidak melibatkan pembedahan. Dua minggu selepas rawatan Mr Koh, saya kini kembali kepada diri saya yang aktif. Semuanya sudah kembali seperti biasa, termasuk senaman berlari dan mengangkat berat. Saya ingin memberitahu semua orang yang terkena buasir bahawa adanya cara rawatan altematif TCM dan mereka tidak perlu membuat pembedahan yang sakit dan yang memerlukan mereka mengambil cuti sakit.

Dari:
Mr Jimmy Lee
(Jleeac@gmail.com)
Mac 2011

 


 

Kepada Dr Koh Kian Kim

Saya mengalami masaalah Buasir semenjak sepuluh tahun dahulu. Saya ingin ke hospital membuat pembedahan, tetapi akhimya tidak terjadi.

Ibubapa saya tidak mengizinkan, dan saya terpaksa hidup dengan masaalah ini selama sepuluh tahun. Semakin lama, masaalah buasir saya menjadi bertambah tenat.

Oleh kerana saya tidak tahu apa yang harus dilakukan, saya hanya menerima penderitaan ini dengan membuang air besar yang berdarah setiap hari. Saya mula berasa risau apabila tekanan darah saya turun. Saya tidak tahu siapa yang harus saya tanya atau mintakan nasihat.

Setelah melayari internet untuk "rawatan buasir tanpa berasa sakit", saya membuat keputusan untuk dirawat oleh Dr Koh Kian Kim yang mempunyai banyak pengalaman dalam merawat penyakit buasir.

Selepas menerima rawatan ini, saya berasa sungguh terkagum kerana akhhimya saya sudah sembuh dan tidak lagi terseksa kerana masaalah ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Koh Kian Kim kerana kesabaran dan kebaikannya terhadap pesakit-pesakitnya.

Jika anda mempunyai masaalah ini, jangan berlengah-lengah lagi dan hubungi saja Dr Koh di
Tel: 67477643

Terima Kasih, Dr Koh Kian Kim

Dari:
AHMED K.N.
(naj_37@yahoo.com)
26 Mac 2011

 


 

Saya diperkenalkan oleh ibu saya. Ibu telah sembuh selepas menerima rawatan perubatan dari Dr Koh dalam tahun 2002.

Saya terus dirawat oleh Dr Koh bila berjumpa dengannya baru-baru ini. Dengan rawatan profesionalisme Dr Koh, ia tidak begitu sakit. Saya masih boleh bekerja tanpa perlu mengambil cuti sakit.

Saya akan mengesyorkan Dr Koh kepada kawan-kawan saya yang mengidap buasir.

Dari:
Siew Hong
(zeoheng@gmail.com)
06 Apr 2011

 


 

Saya seorang wanita berusia 35 tahun yang mengidap buasir dalaman dan luar semenjak muda lagi. Buasir saya ini hanya menggangu selepas saya buang air besar di mana saya terpaksa menolaknya balik ke dalam. Tetapi bila ia mula berdarah dengan banyak dalam tahun 2009, saya pergi ke SGH untuk menjalankan prosedur Hemorrhoidectomy dikokot untuk mengeluarkan Buasir saya yang sudah bertahap darjah Ketiga.

Malangnya, 3 minggu selepas pembedahan, se biji buasir luar tiba-tiba muncul dan saya berasa amat sakit. Saya kembali berjumpa pakar bedah yang berkata ia akan sembuh dan saya diberikan ubat tahan sakit. Saya tanyakan cara mengeluarkan buasir ini dan dia cadang supaya ia di bedah untuk mengeluarkannya. Saya tidak tahan sakit ini dan membiarkan ketulan ini terkeluar dari dubur saya saja. Selepas semua ini, saya memberitahu diri saya bahawa saya tidak mahu dibedah lagi.

Tetapi baru-baru ini, saya berasa bahawa ketulan ini semakin membesar. Saya tidak ingin alami pengalaman-pengalaman yang sakit ini sekali lagi, jadi saya mula mencari rawatan altematif pembedahan. Sambil mencari-cari di lelaman web, saya temampak iklan Kedai Perubatan Tongo - doktor TCM menggunakan cara tanpa pembedahan untuk merawat buasir. Dan pada waktu
yang sama, kawan suami saya juga memperkenalkan kedai TCM yang sama ini
kepada kami.

Jadi saya memutuskan untuk mencuba rawatan doktor TCM ini. Doktor Koh memberitahu saya bahawa selepas prosedur pembedahan, saya masih ada 3 buasir dalaman dan 1 lagi di bahagian luar.

Bagi saya, jumlah bayarannya bukan sedikit tetapi saya memutuskan untuk percayakan dia dan cara rawatannya yang bermula dengan mengikat ketulan buasir dalaman dengan sejenis tali herba dirawat khas . la kemudiannya dibiarkan sehingga buasir itu dan "akamya mati" dengan sendirinya. Dia dengan yakinnya berkata bahawa tidak satu daripada pelanggan-pelanggannya kembali semula untuk rawatan buasir dan buasir mereka tidak akan terjadi lagi selama-lamanya.

Beberapa hari kemudian, ketulan luar dirawat. Walaupun dia kata saya hanya memerlukan setengah hari untuk rehat sahaja, tetapi kerana saya berasa sangat sakit, saya mengambil3 hari cuti untuk berehat di rumah. Saya berasa agak sakit kerana lukanya tetapi ia lebih dapat ditahan jika dibanding dengan kesakitan luka dari pembedahan di hospital. Kini saya semakin pulih dari rawatan yang dilakukan 2-3 minggu dahulu dan saya berharap lukanya akan sembuh secepat mungkin, dan buasir ini tidak lagi ulang bertumbuh.

Walaupun bayaran rawatan ini bukannya murah, saya tetap cadang sesiapa saja yang mengidap buasir berjumpa Doktor Koh. Berbanding dengan penderitaan yang dialami, saya rasa manfaat yang diperolehinya jauh lebih dari apa yang dibayar.

Dari:
Judy Toh
(tohjudy@yahoo.com)
12Apr 2011